suria

Penerbangan 46 jam catat rekod terpantas keliling bumi via 2 kutub

Peta yang menunjukkan laluan penerbangan sejauh 40,179km dari Kutub Utara ke Kutub Selatan.

SEPASUKAN juruterbang antarabangsa diketuai pilot Britain mencipta rekod baharu penerbangan terpantas mengelilingi bumi melalui Kutub Utara dan Kutub Selatan.

Juruterbang, Hamish Harding dari St John's Wood, London dan angkasawan Nasa, Kolonel Terry Virts melalui perjalanan sejauh 40,179 kilometer dalam masa 46 jam, 39 minit dan 38 saat.

Sebelum ini, pasangan itu mencatat rekod untuk tempoh 54 jam, tujuh minit dan 12 saat dengan menaiki Qatar Executive Gulfstream, G650ER.

Harding yang juga pengerusi Action Aviation  berkata, beliau sungguh gembira sebaik mendarat di Pusat Angkasa Lepas Kennedy di Florida, Amerika Syarikat.

Bercakap kepada The Times, katanya, mereka berhenti tiga kali di Kazakhstan, Mauritius dan Chile selama 30 minit di setiap lokasi.

Virts dari Baltimore, Maryland pernah berada di angkasa lepas selama 213 hari telah mengelilingi bumi lebih 3,400 kali.

"Ia umpama pitstop ketika perlumbaan Formula One. Semuanya perlu dilakukan dengan pantas kerana setiap saat dikira ," katanya.

Pasukan yang mencipta rekod dunia, Harding (tiga dari kiri) dan Virts (empat dari kanan).

Penerbangan yang dilakukan pasangan Harding dan Virts ini sempena ulang tahun ke-50 Apollo 11 yang mendarat ke bulan dan sambutan ke-500 tahun pelayaran mengelilingi dunia warga Portugis, Ferdinand Magellan pada 1519.

Selain Harding dan Virts, mereka ditemani tiga lagi juruterbang dari Denmark, Aftika Selatan dan Ukraine, pembantu juruterbang dari Poland dan angkasawan dari Rusia.

Turut terlibat Kapten Ian Cameron dari United Kingdom yang menjadi pengarah pusat kawalan misi berkenaan.

Saat paling mendebarkan apabila pesat tiba di kutub selatan dan suhu menjunam 83 darjah Celsius di bawah paras beku iaitu tiga darjah Celsius kurang daripada tahap yang boleh diterima pesawat.

Bagi menstabilkan keadaan, pasukan itu perlu terbang pada ketinggian 1,500 meter untuk meningkatkan suhu untuk mengelak kejadian tidak diingini.-dailymail.co.uk

kutub, Harding, Nasa, Florida

Artikel Lain