suria

Perompak ubah fikiran, "Jumlah tak cukup biayai pembedahan buah pinggang anak"

Seorang lelaki dirakam cuba merompak namun membatalkan niatnya untuk melarikan sejumlah wang.

SEORANG lelaki membatalkan niatnya untuk melarikan sejumlah wang selepas merompak sebuah kedai dan menyerahkan kembali duit itu.

Pemilik kedai Kimo memberitahu ABC News, seorang lelaki yang menutup mukanya masuk ke premis dan mengacukan pistol ke arah juruwang dan merampas sejumlah duit.

Namun lelaki tersebut mengembalikan wang itu dan melarikan diri.

"Sukar dipercayai dengan apa yang berlaku kerana wang sudah berada di tangannya dan menolak untuk ambil.

"Dia beritahu wang itu tidak cukup untuk membayar pemindahan buah pinggang anak perempuannya," ujar Kimo.

Ketika ditanya pandangannya sama ada lelaki itu patut dihukum atau tidak, Kimo berkata: "Sukar untuk nyatakan. Saya fikir penggunaan senjata atau mengeluarkannya daripada poket, dia perlu dihukum.

"Tetapi dalam masa sama, sebagai masyarakat kita perlu berbuat sesuatu untuk membantu orang seperti itu dan bukan menghukumnya," tambahnya.

Kimo memberitahu, insiden rompakan itu berakhir dengan baik apabila lelaki itu menjadi peramah dengan juruwang, dan meninggalkan tempatnya tanpa mengambil apa-apa atau mencederakan sesiapa.

Pihak berkuasa, Kapten Sekou Kinebrew berkata: "Jika anda ingin melakukan rompakan, paling terbaik adalah anda tidak menyempurnakan, dan mengubah fikiran."

Kinebrew memberitahu pihak mengenal pasti siapa lelaki itu dan cuba mencarinya dan mungkin akan menawarkan pertolongan untuk keluarga suspek. -metro.co.uk

Perompak, ubah fikiran

Artikel Lain