SEMBILAN orang terbunuh selepas sebuah pesawat kecil yang membawa penerjun udara terhempas ke sebuah pulau di Sweden. Beberapa saksi menyaksikan pesawat itu menjunam ke pulau di luar bandar utara Umea, di pantai timur Sweden, mengorbankan semua penumpang dan anak kapal. Seorang saksi berkata, dia terdengar bunyi aneh dan menyaksikan pesawat itu menjunam ke Sungai Ume, kemudian terhempas dengan bunyi yang kuat. Bercakap kepada pemberita, pihak berkuasa penyiasatan kemalangan berkata, semua mangsa adalah warga Sweden. Pihak berkuasa menolak laporan sayap jatuh dari pesawat di udara sebelum ia terhempas. Memetik laporan media Sweden, saksi mengatakan beberapa penerjun udara dilihat cuba melompat dari pesawat sebelum ia terhempas. Pihak berkuasa Sweden berkata, pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Umea sejurus selepas pukul 1.30 petang waktu tempatan dan amaran kecemasan dibunyikan pada pukul 2.12 petang. - Mirror UK