SEORANG remaja perempuan nyaris maut selepas dibelasah teman lelakinya. Megan McPartlin,18, memberitahu insiden berlaku ketika berada di rumah menjelang sambutan tahun baru. Teman lelakinya berusia 23 tahun, Aaron Worthington memukul dan menumbuk McPartlin. Gadis itu tidak dapat berjalan selepas kejadian dan mengalami tiga kecederaan di bahagian kepada yang menyebabkan tengkoraknya retak dan mengalami kecederaan kekal. Doktor mengambil masa lima jam untuk mengeluarkan cebisan tulang tengkorak yang retak dan menggantikan dengan plat logam sekaligus membantu menyelamatkan nyawanya. Tujuh bulan selepas kejadian, MacPartlin mengakui masih berdepan dengan kesakitan dan merasai skrew logam di kepalanya. “Dia memukul saya sekali, dan saya melawannya. Dia pukul lagi dan saya pengsan. “Apabila sedar, dia tidak mahu memghubungi ambulan dan memanggil saya ‘dramatik’. “Jiran saya menghubungi ambulan. Otak saya mengalami pendarahan dan hanya beberapa jam untuk hidup ketika itu,” ujar McPartlin. Teman lelakinya iu ditangkap selepas keluarga McPartlin menghubungi pihak polis. Worhtington dipenjara selama 27 bulan. Bagaimana pun McPartlin tidak bersetuju dengan hukuman tersebut dan berada bimbang selepas lelaki itu dibebaskan tahun depan. – metro.co.uk