suria

Mayat budak ditemui dengan 30 kesan tikaman, kemaluan dipotong

Lokasi yang menemukan mayat dengan banyak kesan tikaman dan kemaluan dipotong. Foto CEN

POLIS sedang menyiasat kes seorang budak lelaki berusia 12 tahun yang ditemui mati dengan 30 kesan tikaman, termasuk kemaluannya dipotong.

Insiden mengerikan itu turut menemukan tanda-tanda cubaan untuk mengerat badan mangsa.

Mayatnya ditemui di Recreo di utara wilayah Santa Fe di Argentina selepas dilaporkan hilang pada Rabu lalu.

Berdasarkan siasatan awal forensik, mangsa yang bernama Diego Roman ditemui dengan banyak kesan tikaman.

Menurut media tempatan, sumber daripada pasukan forensik memberitahu, kemaluan mangsa turut dipotong.

Pelajar itu dilihat kali terakhir semasa meninggalkan rumahnya untuk pergi ke sekolah.

Mayatnya ditemui di kawasan lapang berhampiran keesokan hari.

Tiada penahanan dibuat setakat ini dan siasatan masih dijalankan. - Mirror UK


mayat, kemaluan

Artikel Lain