suria

Ikan misteri gigit dua kanak-kanak, tiga pantai diarah tutup

Kesan gigitan oleh ikan misteri. Foto SOLARPIX.COM

TIGA pantai Costa Blanca di Sepanyol ditutup selepas seekor ikan misteri menggigit dua kanak-kanak.

Seorang budak lelaki berusia tujuh tahun dibawa ke hospital selepas mengalami tiga gigitan pada bahagian kaki pada petang Jumaat di pantai El Pinet di Elche.

Setengah jam kemudian, seorang kanak-kanak berusia 10 tahun cedera, dipercayai disebabkan oleh ikan yang sama di pantai yang sama.

Polis tempatan dan penjaga pantai memutuskan untuk menutup pantai berkenaan dan dua lagi pantai berdekatan, iaitu La Marina dan El Rebollo. - Mirror UK

ikan, pantai, misteri

Artikel Lain