suria

Lari panjat bumbung klinik gara-gara takut berkhatan

Budak lelaki ini lari dan memanjat bumbung klinik kerana takut untuk melalui proses berkhatan. (FB anik.sutari.5)

PAGI itu budak lelaki ini sepatutnya dikhatankan, tetapi sebaik tiba di sebuah klinik di Serang, wilayah Panten dia tiba-tiba lari.

Tambah membinggungkan ibu bapanya apabila kanak-kanak berusia lima ini memberanikan diri memanjat hingga ke bumbung klinik berkenaan.

Bukan sebentar tetapi dia terpaksa di pujuk selama dua jam sebelum bersetuju untuk turun.

Dr Anik Sutari berkata, ini pengalaman pertamanya sejak bertugas di wilayah berkenaan di kepulauan Jawa itu.

Malahan pegawai perubatan itu turut berkongsi foto budak lelaki berkenaan di laman Facebook peribadinya.

"Sepanjang 20 tahun berkhidmat termasuk mengkhatankan ribuan budak lelaki, ini adalah kali pertama ada yang lari memanjat hingga ke bumbung," katanya.

Kata doktor itu lagi, ibu bapa kanak-kanak itu enggan mengekorinya hingga ke bumbung kerana bimbang anak mereka berlari dan terjatuh.

"Budak itu berjaya dipujuk sebaik ibu bapanya mendapatkan bantuan guru sekolahnya yang rapat dengannya.

"Tambah mengejutkan apabila budak lelaki itu tanpa dipaksa berjalan masuk ke klinik untuk berkhatan," katanya.-metro.co.uk

Banten, khatan, Dr Anik

Artikel Lain