suria

Baru 2 hari diagnosis kanser, pencinta bola sepak 9 tahun meninggal dunia

Josh Harber meninggal dunia selepas dua hari didiagnosis kanser. Foto Kent Live WS

SEORANG budak lelaki berusia sembilan tahun meninggal dunia hanya dua hari selepas didiagnosis penyakit leukemia jenis yang jarang-jarang berlaku.

Josh Jarber dari Dover, England disifatkan sebagai seorang yang ceria dan sihat oleh keluarganya.

Menurut laporan Kent Live, pencinta sukan bola sepak itu mengalami keadaan yang agresif dan luar biasa akibat kanser yang dialaminya, pada 7 Julai lalu.

Rakan keluarganya memberitahu bahawa Josh seorang kelihatan sihat, menyebabkan tiada tanda-tanda mengalami penyakit itu.

Dia dikejarkan ke hospital, sebelum dipindahkan ke Hospital St George di London untuk rawatan.

Keputusan ujian darah menunjukkan tahap penyakit yang dialami Josh.

Namun, selepas 48 jam diagnosis yang mengejutkan itu, Josh meninggal dunia, meninggalkan ibu bapanya, dan seorang abang serta seorang adik lelaki. - Mirror UK

bola sepak, kanser, leukemia

Artikel Lain