GARA-gara 'berleter', seorang isteri cedera selepas dipukul dengan dumbel oleh suaminya. Aimee Dixon,37, mengalami kecederaan serius sehingga menyukarkan dia untuk makan dan minum. Dia masih menjalani rawatan di hospital sejak insiden berlaku lapan bulan lalu. Kecederaan Aimee di bahagian kepala termasuk retak di beberapa bahagian badan itu sukar untuk kembali pulih seperti biasa dan dijangka tidak dapat makan dengan sempurna. Dipercayai suaminya Andrew Dixon, 35, memukulnya sebanyak tiga kali di bahagian muka menggunakan dumbel ketika kedua-dua mereka bertengkar. Andrew didianogsis mengalamani 'paranoid schizophrenia' dan dihantar ke Humber Center dari Penjara Doncaster. Dia bertindak menyerang isterinya itu selepas beranggapan Aimee berleter mengenai pengambilan ubat-ubatannya. -mirror.co.uk