SEORANG suami menggunakan gunting untuk memotong zakar lelaki lain yang tidur dengan isterinya, menurut polis. Alex Bonilla, 49, dituduh mencacatkan mangsa yang tidak dinamakan selepas menyerbu masuk ke rumahnya di Bell, Florida, pada pagi 14 Julai. Mangsa memberitahu Pejabat Sheriff County Gilchrist bahawa Bonila mengikatnya, sebelum memotong alat sulitnya dengan pemotong. Bonilla kemudian dikatakan melarikan diri ke seberang jalan menuju rumahnya sendiri sambil membawa zakar yang terputus. Dia dikatakan menyerang lelaki itu dua bulan selepas mendapati dia melakukan hubungan seks dengan isterinya. Serangan mengerikan itu dilaporkan berlaku di hadapan anak mangsa, lapor NBC News. Bonilla ditangkap lewat petang itu dan dibawa ke Penjara Gilchrist County. Dia didakwa dengan dua tuduhan kekejaman terhadap seorang kanak-kanak, serta lima pertuduhan lain. Mangsa dikejarkan ke hospital dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil. Tidak jelas sama ada pakar bedah berjaya menyambung semula zakarnya atau tidak. -MetroUK