suria

Padah amuk mahu buka pintu pesawat, penumpang wanita didenda hampir setengah juta

Selain denda dalam bentuk bayaran, dia turut diharamkan menaiki pesawat itu seumur hidupnya.

AKIBAT amuk dalam pesawat, seorang penumpang wanita terpaksa membayar bil penerbangan berjumlah £85,000 (RM434,545).

Chloe Haines, 25, ditahan oleh beberapa penumpang dan anak kapal Jet2 akibat cuba membuka pintu kecemasan selepas 45 minit pesawat itu berlepas.

Sewaktu kejadian, pesawat dari Lapangan Terbang Stansted, London itu sedang dalam perjalanan ke Turki.

Selain denda dalam bentuk bayaran, dia juga diharamkan menaiki pesawat itu seumur hidupnya.

Dua tahun sebelum kejadian itu, dia turut mempunyai rekod memandu dalam keadaan mabuk. - The Sun.

Artikel Lain