suria

Remaja autisme rakam video ‘selamat tinggal’, sebelum maut dilanggar kereta api

Mendiang Joel Langford. Foto INS News Desk/INS News Agency Ltd

SEORANG pelajar yang menghidap autisme maut dilanggar kereta api, selepas membuat rakaman video mengucapkan selamat tinggal kepada keluarganya, menurut pendengaran inkues.

Joel Langford meninggal dunia di tempat kejadian selepas dirempuh kereta api dekat Kelab Ragbi Marlow di Marlow, United Kingdom pada 18 Mac lalu.

Ibu kepada remaja berusia 17 tahun itu memberitahu inkues bahawa anaknya digelar pelik dan sering dipinggirkan.

Remaja tersebut membuat rakaman yang menyayat hati buat keluarganya dengan mengucapkan selamat tinggal.

Memetik laporan Star UK, ibunya berkongsi cerita mengenai bagaimana Joel sejak kebelakangan ini begitu obses dengan kebersihan dan bimbang dengan masa depannya.

"Dia menjadi obses mengenai kebersihan, tidak boleh memakai pakaian tertentu sekiranya merasakan ia boleh kotor.

"Pada hari dia meninggal dunia, kami ingatkan masalah tu dah tak ada sebab dia memakai sehelai baju yang dia tak nak pakai sebelum ni.

"Bagaimanapun, kami kemudian mendapati dia telah menanggalkannya dan meletakkannya dekat pintu pagar sebelum kemalangan," ujarnya. - Mirror UK


autisme, kereta api, inkues

Artikel Lain