suria

Doktor terkejut sambut bayi berkepala tiga

Bayi perempuan itu dilahirkan dengan dua benjolan besar di belakang kepala.

SEORANG wanita selamat melahirkan bayi berkepala tiga, satu insiden yang menggemparkan pasukan perubatan di India.

Proses kehamilan wanita itu kelihatan normal sebelum dia mengalami kesakitan melampau semasa hendak bersalin.

Bayi yang dilahirkan di sebuah pusat kesihatan di Etah yang terletak dalam daerah Uttar Pradesh pada 11 Julai lalu mengalami kecacatan kelahiran yang jarang berlaku dipanggil encephalocele.

Rata-rata keluarga dan doktor terkejut dengan keadaan bayi perempuan itu yang dilahirkan dengan dua benjolan besar di belakang kepalanya.

"Bayi perempuan itu ada tiga kepala. Dia kelihatan seperti makhluk asing," kata seorang saksi.

Ahli keluarga melihat bayi istimewa itu.

Bayi itu kemudiannya dipindahkan ke Hospital Daerah di Etah yang mempunyai kemudahan perubatan canggih.

Bayi itu juga akan menjalani imbasan MRI sebelum prosedur pemisahan kepala dilakukan.

Walaupun jarang, ada beberapa laporan bayi dilahir dengan lebih satu kepala terutamanya di Afrika.

Menurut Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) di Britain, keadaan itu adalah kecacatan saluran saraf yang menyebabkan tengkorak tidak terbentuk dengan sempurna. - Dailystar.co.uk

bayi, kepala tiga, bersalin

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain