SEBUAH kereta merempuh kawasan perkuburan yang sedang dipenuhi orang ramai di Utara Ireland. Ia menyebabkan beberapa individu mengalami kecederaan termasuklah seorang lelaki tua. Polis dan ambulans turut dikejarkan ke lokasi kejadian sewaktu ia berlaku pada Ahad tengah hari. Pada waktu itu, sekitar 1,000 orang berada di sana untuk satu acara tahunan. Menurut saksi, kereta berwarna gelap itu dilihat menghala ke arah kubur sebelum ia memecut ke arah pentas. Malah kata saksi, rempuhan itu dilihat seperti satu tindakan yang disengajakan. Selepas melanggar beberapa individu, ia melanggar beberapa kereta sebelum berhenti. Pemandu berusia 20-an berjaya ditahan pihak berkuasa. - Daily Star.