suria

Pelajar dihalang naiki pesawat gara-gara muka bengkak, tidak sama dengan pasport

Wotherspoon menunjukkan muka yang bengkak bersama pasportnya. Foto: Mirrorpix

SEORANG pelajar kejururawatan dihalang menaiki sebuah pesawat gara-gara mukanya tidak sama dengan gambar dalam dokumen perjalanan.

Shannon Wotherspoon dari Kirkcaldy di Fife mendakwa alahan yang dialami di bahagian mukanya membuatkan staf Ryanair (di Sepanyol) terpaksa memeriksa pasportnya dengan teliti.

"Kulit saya bengkak dan ketika sampai untuk pemeriksaan masuk, saya ditahan. Wanita di kaunter memeriksa pasport untuk pemeriksaan dan selepas itu dia menggeleng kepala.

"Dia juga mendapati ada kesan kerosakan air di atasnya," jelasnya kepada Daily Record.

Wotherspoon,24, juga mendakwa dia disuruh untuk mendapatkan rawatan di lapangan terbang, namun gagal berjumpa dengan sesiapa yang boleh menolongnya.

Bagaimana pun dia akhirnya diterima menaiki pesawat British Airways selepas syarikat itu menerima pasport dan pulang ke rumah walaupun tidak dapat bersama dengan dua kawannya lagi menaiki Ryanair.

Dalam pada itu pihak Ryanair memberitahu: "Setiap penumpang individu bertanggungjawab memastikan dia melancong dengan pasport yang sah (tidak tamat tempoh dan tidak rosak) mematuhi syarat-syarat Ryanair." -Dailymail.co.uk

Muka bengkak, pesawat, pasport

Artikel Lain