suria

Percutian wanita hamil jadi igauan ngeri, bagasi jahanam hingga terpaksa pakai baju suami

Keadaan bagasi yang dihantar ke tempat penginapan sepasang suami isteri yang sedang bercuti di Majorca, Sepanyol. Foto Daily Record WS

PERCUTIAN seorang wanita hamil di Majorca, Sepanyol bertukar menjadi 'igauan ngeri' apabila mendakwa bagasinya dirosakkan oleh sebuah syarikat penerbangan, sehingga terpaksa memakai baju suaminya.

Bagasi Catherine Urquhar tidak sampai di Lapangan Terbang Palma pada hari pertama percutiannya bersama suami, Steven.

Ia memaksanya untuk memakai baju suami, selain bikini yang dibeli dari sebuah pasar raya sepanjang tiga hari pertama percutian itu.

Malangnya, bagasi yang dihantar oleh syarikat penerbangan ke tempat penginapan mereka didapati rosak, dan ditampal dengan pita pelekat.

Bercakap kepada Daily Record, Catherine yang hamil lima bulan  berkata: "Apabila mereka akhirya menghantarkan bagasi kepada saya, ia dah jahanam. Ia ditampal dengan pita pelekat.

"Saya menangis bila melihat keadaannya. Zip terkoyak dan terdapat kesan lubang pada beg ditoreh dan kebanyakan barang saya di dalamnya rosak.

"Kami berharap untuk menikmati percutian dengan indah sebelum kelahiran anak kami, tapi ia tidak seperti yang dirancang," katanya.

Wanita itu kemudian membuat aduan kepada syarikat penerbangan tersebut.

Seorang jurucakap syarikat penerbangan tambang rendah itu memberitahu, pihaknya telah menyelesaikan perkara berkenaan bersama pelanggan. - Mirorr UK

bagasi

Artikel Lain