suria

Sehari sebelum berkahwin, lelaki ini kirim mesej beremosi buat bekas kekasih... Respons yang diterima memang win

MESEJ penuh emosi yang dikirimkan seorang lelaki kepada bekas kekasihnya sehari sebelum dia melangsungkan perkahwinan menyentuh hati ramai.

Lebih menarik apabila perbualan antara pasangan yang pernah bercinta itu telah dikongsi pengguna Twitter @_xolexc dengan kapsyen, "Saya kehilangan berkata-kata".

Mesej yang kemudiannya menjadi tular di media sosial itu memperoleh lebih 300,000 tanda suka.

Menerusi catatan itu, lelaki yang tidak menamakan dirinya menghargai bekas teman wanitanya kerana telah membantu untuk dia menjadi seorang yang lebih baik.

Ia bermula dengan lelaki itu memaklumkan dia akan melangsungkan perkahwinan dan bakal isterinya tahu mengenai hasratnya untuk mengirim mesej itu kepada bekas kekasihnya.

Lelaki itu juga berterima kasih kerana wanita berkenaan sentiasa bersamanya ketika dia melalui waktu sukar dalam hidupnya.

"Terima kasih kerana sentiasa memberi dorongan, terima kasih kerana memastikan saya tidak terjebak dengan sebarang masalah, terima kasih kerana menjaga saya ketika sakit dan murung. Terima kasih kerana menyayangi saya"

Susulan itu, @xolexc membalas dengan jawapan paling ringkas "Saya kehilangan kata-kata."

Jelasnya, mesej itu membuatkan dirinya terkedu dan hanya mampu membalas ringkas bagi menyuarakan apa yang tersirat di hatinya.

Rata-rata netizan memuji tindakan lelaki berkenaan, malahan menganggap pasangan itu bersikap matang.

Ada dalam kalangan netizen yang mencadangan supaya wanita berkenaan sepatutnya hadir pada majlis perkahwinan bekas teman lelakinya itu demikian lapor Indiaexpress.com

Sementara itu, ketika ditemuramah BuzzFeed, Alexsa Sanches Aguilar mengaku dia menangis sebaik membaca mesej berkenaan.

"Ia bukan sesuatu yang pelik kerana sepanjang perhubungan itu, kami saling membantu ketika susah.

"Kami akan saling hormat menghormati satu sama lain walau apa yang berlaku," katanya.

Katanya, dia berkongsi mesej itu di Twitter untuk membuktikan perhubungan yang tidak berakhir dengan ikatan perkahwinan tidak bermakna perlu ada perasaan benci.


Aguilar, Twitter

Artikel Lain