SEORANG wanita bertindak memotong kemaluan bekas suaminya sebelum membuangnya di dalam mangkuk tandas. Menurut polis, wanita itu mengetahui bahawa dia pernah dicurangi lelaki itu sewaktu mereka masih lagi bersama sebagai suami isteri. Dikenali sebagai Lee, wanita berusia 58 tahun itu menggunakan gunting untuk memotong kemaluan bekas suaminya yang berusia 56 tahun. Serangan itu berlaku pada 24 Julai lalu di sebuah bandar di Taiwan. Menurut laporan, pasangan itu sudah bercerai sekitar sebulan yang lalu. - Daily Star.