SEORANG wanita menghantuk komputer riba ke kepala suaminya selepas mereka berbalah di dalam sebuah pesawat. Insiden dipercayai berlaku ketika pesawat dinaiki mereka mahu berlepas dari Miami menuju ke Los Angeles pada Ahad lalu. Gelagat wanita itu yang turut menengking lelaki tersebut yang dipercayai suaminya dirakam penumpang dalam pesawat terbabit. Sebelum menghantuk komputer ribanya, wanita itu didakwa menengking suaminya kerana melihat wanita lain. Polis mengenal pasti wanita itu sebagai Tiffany McLemore. Seorang anak kapal cuba meredakan keadaan ketika McLemore menjerit kepada suaminya. McLemore dimaklumkan bahawa dia akan didakwa atas pertuduhan melakukan serangan dan dia didengari berkata "Baiklah, apa-apa sahaja." Video itu dimuat naik di YouTube pada Isnin lalu oleh Julia Scorupco, salah seorang penumpang pesawat American Airlines itu. Namun dia menjelaskan video itu diperolehi menerusi seorang lagi penumpang yang tidak dapat dikenal pasti. - The Sun