KEADAAN cuaca panas di kota London ternyata mencetuskan kerisauan ramai. Pada masa ini, cuaca direkodkan sekitar 39 darjah celcius. Dalam pada itu, timbul pula satu rakaman video tular melibatkan seorang wanita yang berbogel dalam keadaan cuaca panas melampau di sebuah jalan di timur London. Video itu sehingga kini ditonton lebih 151,000 kali oleh pelayar media sosial. "Ianya pasti ada kaitan dengan cuaca panas," tulis seorang pelayar Twitter pula. Pada Khamis, United Kingdom (UK) merekodkan Julai paling panas dan hari kedua paling panas, dengan catatan 38.1 darjah celcius. - Daily Star.