suria

Wanita 'jatuh cinta' dengan siput gergasi

Magdalena bermain dengan Misiek.

SEORANG wanita mendedahkan tidak ada perkara yang dia sayang selain seekor siput gergasi Afrika.

Magdalena Dusza dari Krakow, Poland membela siput yang diberi nama Misiek selepas menemuinya di sebuah kedai haiwan.

Dia memberitahu sejak kecil lagi minatnya ke arah siput berbanding haiwan belaan lain seperti kucing dan anjing.

Magdalena juga menjelaskan lebih mudah menjaga Misiek.

“Saya memang ada impian untuk memiliki siput gergasi sejak di bangku sekolah lagi.

“Ketika di sekolah, kami mempunyai siput yang lebih kurang sama bagi mata pelajaran biologi dan membelanya. Saya terus jatuh cinta dengannya kerana bentuk yang menakjubkan.”

Jelas Magdalena, siputnya itu menggemari ubi kentang dan pisang.

"Dia juga suka makan bijiran berperisa ikan. Siput tidak mempunyak sistem yang sukar,” tambahnya. – mirror.co.uk

Siput gergasi, bela

Artikel Lain