JURUTERBANG pesawat MH370 mungkin terdengar jeritan penumpang pada saat terakhir penerbangan menuju ke Beijing itu sebelum ia tiba-tiba hilang tanpa jejak, menurut hipotesis dirumus seorang penyiasat. Penyiasat penerbangan, Jeff Wise percaya MH370 hilang tekanan semasa pesawat itu dirampas tiga warga Rusia. Berdasarkan teori Wise, tiga suspek itu menerbangkan MH370 ke Kazakhstan dalam usaha untuk menghapuskan penggabungan wilayah Crimea ke Rusia dari radar berita pada 8 Mac 2014. Untuk melakukan perkara itu, dia berpendapat tiga suspek itu menggunakan topeng oksigen sebelum mengambil alih pesawat tersebut. Wise dalam bab yang bertajuk A Speculative Scenario dari buku terbaharunya The Taking of MH370 menulis:"Then: pandemonium. An alarm klaxon sounds." "Tekanan di dalam kabin menurun. Badan pesawat terputus hubungan. Bunyi jeritan dalam penapis kabin menerusi pintu kokpit. "Kapten dan pembantunya mencapai topeng mereka tetapi tiada udara mengalir. Apa yang sedang berlaku ini? Waris mangsa masih lagi menunggu jawapan berhubung misteri kehilangan pesawat itu. "Sistem tidak berfungsi. Pembantu juruterbang mendail kekerapan kecemasan, 121.5. Tiada apa-apa. "Dia menekan Lumpur Radio lebih kerap. Tiada apa-apa. Telefon juga tidak berfungsi. Kesemuanya telah terputus hubungan. "Udara di kokpit makin kurang. Kapten rasakan ada sesuatu tidak kena di ruang E/E. Dia bangun dan menolak pintu kokpit. "Dua lelaki memakai topeng oksigen menghalangnya. Dia merayu kepada mereka sebelum pengsan," katanya. Wise giat melakukan kajian bagi merungkai misteri kehilangan pesawat jenis Boeing 777-200 itu semasa dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing pada 8 Mac 2014. Malah Wise yakin pesawat itu dirampas kerana sistem reboot pada Unit Data Satelit (SDU) pada pukul 6.25 petang yang digambarkannya sebagai 'smoking gun'. Sistem reboot membawa kepada satu siri 'handshakes' dengan satelit Inmarsat, memberi penyiasat maklumat mengenai kedudukan pesawat itu yang dipercayai menuju ke Lautan Hindi di barat Australia. - Dailystar.co.uk