suria

Lelaki koma selepas hisap vape

Kartrij vape yang menjadi punca seorang lelaki berada dalam koma.

SEORANG lelaki berada dalam koma selepas menghisap  kartrij vape yang dibeli di tepi jalan.

Lelaki berusia 20-an dari Burlington, Amerika Syarikat itu berada dalam keadaan koma selepa menghisap kartrij vape yang menjadi viral itu.

Abang mangsa,  Patrick DeGrave memberitahu selepas insiden ini dia lebih berhati-hati dan memberi kesedaran kepada semua orang bahaya sangat berbahaya membeli barangan yang tidak pasti isi kandungannya.

"Trauma yang dilaluinya melibatkan paru-paru dan jantung.

"Vape jalanan ini sangat berbahaya. Adik saya hampir kehilangan nyawa.

DeGrave berkata, adiknya terus ke Hospital Aurora Memorial selepas sukar bernafas.

"Dalam tempoh 24 jam dia diletakkan dalam keadaan koma."

Kartrij vape itu mengandungi THC iaitu sejenis kandungan 'psyschoactive' yang terdapat dalam kanabis. -mirror.co.uk

Vape, Koma, kanabis

Artikel Lain