suria

Ngeri... biawak Komodo telan monyet

Komodo menelan monyet tersebut hidup-hidup dalam masa beberapa saat sahaja.

SEEKOR Komodo atau biawak besar dirakam menelan seekor monyet yang masih hidup dengan enam kali ngap sahaja.

Rakaman yang diambil di Indonesia itu menunjukkan biawak sepanjang lebih tiga meter itu sudah menelan separuh badan mangsanya.

Komodo merupakan salah satu haiwan pemangsa yang paling menakutkan di dunia kerana berupaya menelan seekor babi, rusa dan juga ular.

Haiwan itu juga boleh berlari 15 batu sejam dan diketahui menelan mangsa sehingga 80 peratus saiz badannya sendiri.

Komodo menelan akhir sekali ekor monyet tersebut.

Manusia jarang menjadi mangsa haiwan ini dengan sekurang-kurangnya empat kematian direkodkan dalam tempoh 40 tahun.

Pada 2009, seorang lelaki maut selepas terjatuh dari pokok dan dibaham dua ekor Komodo.

Air liur haiwan itu dipercayai mengandungi 50 jenis bakteria.

Walaupun mangsa berjaya melepaskan diri dari cengkaman Komodo, gigitan berbisanya boleh menyebabkan pendarahan teruk. - Mirror.co.uk

Komodo, biawak, telan, monyet

Artikel Berikut

Artikel Lain