SEORANG budak lelaki berusia lapan tahun maut selepas dia dan ibunya ditolak jatuh ke landasan kereta api berkelajuan tinggi. Ibu kanak-kanak itu menjadi mangsa pertama ditolak seorang lelaki di salah sebuah stesen kereta api tersibuk di Frankfurt, Jerman ketika kereta api mahu bergerak. Namun anaknya gagal menyelamatkan diri lalu dilanggar kereta api tersebut dan maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah. Suspek kemudiannya cuba menolak seorang lagi mangsa tetapi tidak berjaya. Suspek berusia 40 tahun cuba melarikan diri tetapi berjaya ditahan polis di kawasan berdekatan stesen kereta api terbabit. Dia kemudian disoal siasat dan belum ada maklumat terperinci mengenai motif dia berbuat demikian. Jurucakap polis Isabell Neumann berkata suspek tidak mengenali kedua-dua mangsa. Ibu kanak-kanak malang itu dikejarkan ke hospital dan turut disoal siasat. - Metro.co.uk