suria

Ibu dihalau dari sekolah gara-gara bantu anak OKU 'berlumba' hari sukan

Lynn mengangkat Tammy sehingga ke garisan penamat.

SEORANG wanita diarahkan untuk meninggalkan hari sukan anak perempuannya yang juga orang kelainan upaya (OKU) selepas mengangkatnya dari kerusi roda dan membantunya dalam perlumbaan.

Lynn Harrison dilihat mengangkat anaknya, Tammy, 6, sambil berlari sehingga ke garisan penamat.

Tammy menghidap cerebral palsy.

Bagaimanapun Lynn kemudiannya diminta meninggalkan hari sukan tersebut oleh kakitangan di Sekolah Rendah Jeavons Wood yang terletak di Cambourne, Cambridgeshire.

Lynn memberitahu Cambridgeshire Live:"Apabila saya pergi ke sekolah, mereka kata kepada saya bahawa saya tidak boleh membantu Tammy.

Tammy menghidap celebral palsy.

"Mereka beritahu saya tidak boleh membantunya kerana insurans dan perlindungan kanak-kanak, jadi saya tertanya-tanya bagaimana dia akan mengambil bahagian.

"Tahun lepas dia berjalan dengan bantuan saya. Apabila dia berbuat demikian, dia berasa seperti menyertai acara tersebut.

"Ia juga memberi lebih banyak latihan yang amat bagus kepadanya," kata Lynn.

Sebelum insiden itu, Lynn mendakwa dipanggil untuk membantu Tammy pergi ke tandas kerana sekolah tersebut kekurangan staf.

"Semasa hari sukan saya kata kepada cikgu 'ia ok untuk saya bantu Tammy ke tandas tapi sekarang saya tak boleh bantu anak saya dalam perlumbaan.

"Ini adalah satu diskriminasi," katanya. - Dailystar.co.uk

OKU, celebral palsy, hari sukan

Artikel Lain