suria

Alahan pewarna rambut, gadis akui serik selepas wajah membengkak seperti makhluk asing

Wajah mangsa yang bengkak akibat alahan.FOTO: HotSpot Media.

STEPH O'Dell mahu kelihatan bergaya untuk sambutan ulang tahun ke-18 adiknya.

Dia membuat keputusan untuk mewarnakan rambut tanpa menyedari ia bakal membawa kesan buruk buat dirinya.

Selepas seminggu membuat sesi berkenaan di sebuah salon, dia mula mengalami alahan.

Mangsa yang berusia 24 tahun buta seketika menyebabkan dia terpaksa dimasukkan ke hospital.

Malah, wajahnya turut menjadi bengkak.

"Ianya sangat teruk. Saya kesakitan dan kelihatan seperti makhluk asing.

"Nasib baik ia tak jadi semakin teruk. Saya tak akan warnakan rambut lagi," ujarnya.

Kejadian berlaku di Milton Keynes, Buckinghamshire, England. - The Sun.

alahan, pewarna rambut, bengkak

Artikel Lain