suria

Adik jumpa mumia kakak di dalam peti sejuk rumah tinggalan ibu

Adam Smith menjumpai mayat kakaknya di dalam sebuah peti sejuk di kediaman ibunya.

SEORANG anak lelaki yang masih meratapi pemergian ibunya terkejut apabila menjumpai mayat kakaknya yang sudah diawet di dalam peti sejuk.

Adam Smith sedang membersihkan kediaman ibunya, Barbara apabila menjumpai sebuah kotak dipenuhi dengan pai sejuk beku di dapur.

Dia membuka kotak misteri itu dan fikir ia mungkin berisi duit.

Namun dia terperanjat apabila menjumpai mayat seorang bayi perempuan.

"Ia masih ada kulit rambut dan semuanya. Mayat itu diawet.

Rumah tinggalan ibu Smith yang meninggal dunia awal bulan ini.

"Saya terkejut lalu memasukkan semula mayat itu ke dalam kotak dan menghubungi polis," katanya.

Polis di St Louis mengesahkan mayat bayi itu ditemui di sebuah rumah pada Sabtu lalu dan menyifaktan kes terbabit sebagai meragukan.

Smith berkata ibunya ada memaklumkan mengenai kakaknya yang meninggal dunia sebelum dia dilahirkan.

Pemuda itu juga memberitahu dia ada dimaklumkan saudaranya bahawa ibunya yang meninggal dunia akibat kanser paru-paru pada usia 68 tahun, 21 Julali lalu mempunyai kembar.

Jelas Smith, ibunya sering mengelak apabila ditanya mengenai perkara berkaitan kotak misteri itu.

"Saya berusia 37 tahun... dan saya sentiasa diberitahu bahawa ia alas kek kahwin. Namun ia sebenarnya mayat seorang bayi," katanya. - Metro.co.uk

mumia, pai, peti sejuk

Artikel Lain