CABARAN senaman squat yang dilakukan oleh dua gadis secara berlebihan mengundang padah apabila mereka dimasukkan ke hospital. Pada 10 Julai lalu, Tang yang merupakan gadis berusia 19 tahun dari Chongqing, China, mencabar rakan karibnya untuk menyertai cabaran squat bagi menentukan siapa antara mereka mempunyai lebih stamina. Mereka menyahut cabaran itu menerusi panggilan video, dan kedua-dua mereka melakukannya secara serius. Tang memberitahu doktor bahawa kira-kira 1,000 squat diperlukan sebelum membolehkan mereka boleh memutuskan untuk berhenti. Cabaran tersebut membuatkan otot mereka berasa sakit tetapi menganggap keadaan adalah baik selepas senaman itu. Tang bekerja seperti biasa keesokan harinya meskipun kakinya sakit, tetapi keadaan bertambah serius pada hari ketiga. Dia kemudian dikejarkan ke hospital dan didiagnosis rhabdomyolisis - keadaan yang mengancam nyawa, disebabkan oleh serat otot yang tidak berfungsi dan menjejaskan saluran darah. Ia boleh mengakibatkan komplikasi yang mengancam nyawa seperti kegagalan fungsi buah pinggang, yang juga boleh membawa maut. Tang bagaimanapun bernasib baik kerana mendapat rawatan awal dan usianya masih muda, sekali gus badannya pulih dengan cepat. Semasa di hospital, Tang menghubungi rakannya untuk memberitahu keputusan cabaran squat, tetapi dia dikejutkan dengan rakannya itu turut dimasukkan ke hospital kerana mengalami nasib yang sama. - odditycentral