POLIS kini memburu seorang wanita yang bertindak kejam ke atas seekor anjing. Satu rakaman yang disiarkan memaparkan wanita itu mencekik leher anjing sebelum membuang haiwan itu ke dalam sebuah tong sampah. Selepas itu, dia kelihatan berjalan dengan selamba seperti tiada apa yang berlaku. Insiden itu berlaku di luar sebuah apartmen di Oklohama, Amerika Syarikat. Polis kini giat membuat siasatan berhubung kes itu. Pemeriksaan bagaimanapun tidak menemui anjing itu di lokasi kejadian. - Daily Star.