DERROL Murphy, 41, menderita penyakit aneh dikenali sebagai misophonia yang mana emosinya akan terganggu terhadap beberapa jenis bunyi. Antaranya, dia akan menjadi marah sekiranya mendengar orang mengunyah makanan. Ia menyebabkan hubungan Derril dengan keluarganya terjejas. "Bunyi-bunyi biasa pun boleh buat syaa jadi marah. Dah bertahun saya fikir saya gila. "Orang tak faham dan saya pun tak boleh jelaskan. Ia rosakkan hubungan saya dengan orang," jelas pereka grafik dari San Diego, Amerika Syarikat itu. Penyakit misophonia merupakan sindrom bunyi terpilih yang dikesan secara rasmi sejak tahun 2000. - Daily Star.