FIRMA Jepun, NEC Corp melakukan ujian kereta terbang di Tokyo di negara matahari terbit itu, pada minggu ini. Peranti itu pada awalnya merupakan dron besar yang dikuasakan oleh sebiji bateri, dilengkapi empat kipas, sudah cukup untuk membawa penumpang. Dalam ujian penerbangan itu, kereta terbang sekitar tiga meter dari atas tanah selama seminit, sebelum ia ke tanah semula. Bagi memastikan ujian berjalan lancar, ia dilakukan di dalam kandang yang besar, dan tali diikat pada kereta tersebut. NEC tidak mempunyai rancangan untuk merancang untuk pengeluaran besar-besaran buat kereta itu. Menurut pengasas bersama Cartivator, Tomohiro Fukuzawa, rakan projek itu akan memulakan pengeluaran secara besar-besaran pada 2026. - Mirror UK