SEORANG kanak-kanak berusia dua tahun meninggal dunia di dalam kereta sewaktu ibunya tidur di dalam rumah. Wanita itu dilaporkan bangun dari tidur sebelum menghubungi polis kerana tidak menemui anaknya. Tidak lama kemudian, dia menyedari anaknya berada di dalam kereta. Tidak dapat dipastikan berapa lama, namun anaknya disahkan meninggal dunia sebaik polis tiba di kediaman itu. Kejadian berlaku di Tierrasanta, San Diego, California. Dalam pada itu, jiran-jiran turut memberi sokongan penuh kepada keluarga itu dalam berhadapan detik sukar kehilangan si cilik kesayangan. "Ianya sukar. Boleh jadi pada sesiapa sahaja. Saya pun seorang ibu. Ini satu kejadian malang," ujar salah seorang jiran. Sehingga kini, tidak dpaat dipastikan bagaimana mangsa boleh masuk ke dalam kereta tanpa disedari ibunya. - Mirror.