PENUMPANG yang diarahkan untuk mengosongkan kabin pesawat yang dipenuhi asap dikecam kerana berselfie dan merakam video kejadian itu. Insiden berlaku semasa pesawat British Airways yang berlepas dari Lapangan Terbang Heathrow menuju ke Valencia di Sepanyol melakukan pendaratan kecemasan. Sebaik sahaja gambar dan video itu dikongsi di Twitter, netizen mempertikaikan tindakan tersebut dan mengapa mereka ketawa di dalam video semasa detik cemasa itu. Seorang pelayar Twitter bertanya:"Siapa mempunyai masa untuk mengambil gambar di dalam kabin dan membawa bersama beg apabila mereka sepatutnya meninggalkan pesawa itu dengan segera?." Kabin pesawat dipenuhi asap tebal. Sementara itu terdapat netizen yang memuji tindakan anak kapal yang bertindak pantas dalam menangani situasi cemas itu. Pesawat dengan nombor penerbangan BA422 itu mengalami masalah teknikal semasa mahu mendarat di Valencia. Gayle Fitzpatrick dari Glasgow yang bercuti dengan suaminya, Stephen bercerita saat kabin diselubungi asap tebal. "Ia amat menakutkan. Ruang kabin dipenuhi asap tebal yang dahsyat. Tiada komunikasi dari anak kapal, ada penumpang yang memakai topeng oksigen dan pakaian perlindungan api," katanya. - Metro.co.uk