suria

Pengasuh ditahan, 4 bayi patah kaki serentak pada hari yang sama

Insiden melibatkan empat kanak-kanak itu berlaku pada Mei lalu. FOTO: GOOGLE MAPS.

SEORANG pekerja pusat asuhan ditahan atas kecuaian kerana menyebabkan empat kanak-kanak patah kaki dalam satu hari yang sama.

Christina Marie Curtis, 25, dari pantai Fort Walton, Florida, ditahan pada Julai lalu atas dakwaan berkenaan.

Empat kanak-kanak berusia antara 13 hingga 21 bulan didapati mengalami kecederaan patah kaki pada hari yang sama, lapor media Amerika Syarikat (AS).

Kecederaan itu disahkan oleh pegawai perubatan pada 21 Mei lalu.

Menurut salah seorang ibu mangsa, dia juga menemui kotoran di kepala anaknya.

Curtis didakwa membiarkan kanak-kanak tersebut merangkak bebas sehingga ke kawasan luar bangunan pusat asuhan berkenaan.

Curtis yang dibebaskan dengan jaminan bagaimanapun diarahkan agar tidak mendekati kanak-kanak.

Dia juga sudah disenarai hitam dan tidak dibenar bekerja di sekolah dan pusat asuhan. - Daily Star.

pengasuh, kanak-kanak, patah kaki, dera

Artikel Lain