suria

Adegan cium bertukar tragedi, pasangan kekasih maut terjatuh jambatan

Pasangan kekasih itu terjatuh ketika sedang asyik bercumbuan.

PASANGAN kekasih maut terjatuh dari ketinggian 50 kaki ketika sedang leka bercumbuan di tepi sebuah jambatan.

Maybeth Espinoz, 34, dan Hector, 36, dalam perjalanan pulang dari kelab malam ketika mereka berhenti untuk adegan tidak senonoh itu di Jambatan Bethlehem di Cusco, Peru.

Wanita itu dilihat duduk di atas besi penghadang di jambatan tersebut tetapi gagal mengimbangi badannya sebelum kakinya berpaut pada badan Hector.

Hector cuba menarik Maybeth tetapi malangnya mereka terjatuh sekali.

Detik tragis itu berjaya dirakam CCTV.

Insiden berlaku kira-kira pukul 1 pagi Sabtu lalu dan polis bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat daripada orang awam.

Maybeth meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Hospital de Contungencia di Cusco.

Hector yang mengalami kecederaan parah di kepala menghembuskan nafas terakhirnya di unit rawatan rapi.

Menurut agensi berita Panamerica, pasangan itu berhijrah ke wilayah Cusco di selatan Peru untuk bekerja sebagai pemandu pelancong. - Metro.co.uk

terjatuh, bercium, kekasih, jambatan

Artikel Lain