SEORANG pekerja di London, United Kingdom mendedahkan dia membayar lebih £100 (RM511) bagi membolehkan orang lain menarik seluar dalamnya sendiri sebagai gurauan. Lelaki yang enggan dikenali itu, percaya tindakan peliknya bermula selepas sering menjadi mangsa buli di sekolah. Dia yang mahu dikenali sebagai Bobby berkata, suka diperlakukan sebegitu di khalayak ramai. Bercakap kepada My London, dia berkata, mengalami perkara itu merupakan kombinasi mengaibkan, penguasaan dan kesakitan. Pemuda berusia 26 tahun itu menjelaskan bahawa sukar untuk dikatakan mengenai kelakuan pelik itu. "Ia bermula dari mimpi ngeri (menjadi mangsa buli) kepada sesuatu yang saya suka sekarang," tambahnya. - Mirror UK