SEORANG bapa tekad mencari mayat anak lelakinya yang disambar buaya ketika sedang menaiki sebuah sampan bersama dua adik-beradiknya yang lain. Pencarian itu dilakukan sepanjang malam sebelum bapanya menjumpai kepala dan kaki kanak-kanak berusia 10 tahun itu di kawasan paya bakau berhampiran. Insiden itu berlaku di pesisir pantai Balabac, Filipina. Polis di Filipina berkata usaha mencari budak lelaki itu berakhir dengan penemuan sebahagian mayatnya pada Selasa. Kawasan penempatan di pesisir pantai, Balabac. Difahamkan mangsa duduk di bahagian belakang sampan sebelum disambar buaya tersebut. Populasi penduduk yang semakin meningkat memaksa lebih ramai membina rumah berhampiran habitat haiwan reptilia itu. Habitatnya yang semakin kecil menjadi punca buaya itu mengganas. Dikenali sebagai buaya estuarine, berat reptilia itu mampu mencecah sehingga satu tan. - Dailystar.co.uk