suria

Gadis 14 tahun dakwa dirogol pekerja hotel sewaktu bercuti di pulau bersama keluarga

Kejadian berlaku di Pulau Corfu, Ireland. FOTO: Stock Image.

SEORANG remaja berusia 14 tahun mendakwa dirogol oleh pekerja hotel sewaktu bercuti di Pulau Corfu, Ireland.

Setakat ini, polis sudah menahan suspek yang juga seorang lelaki berbangsa Albania, berusia 32 tahun.

Ibu bapa mangsa membuat laporan kepada polis pada awal pagi Rabu lalu.

Menurut satu sumber, suspek sendiri telah menyerahkan diri kepada polis dan membuat pengakuan mengenai perbuatannya.

Satu fail siasatan kini dibuka dan suspek dijangka didakwa tidak lama lagi. - Daily Star.

Artikel Lain