suria

Genius! Pelajar berjaya kemas 50 item, 9 pasang kasut dalam sebuah beg sahaja

Item-item yang berjaya dikemas dalam satu beg sahaja. FOTO: Jam Press.

SEORANG pelajar menerima pujian pelayar media sosial atas kreativitinya dalam menyimpan pelbagai item dalam sebuah beg yang kecil.

Menerusi perkongsian itu, Elizabeth Childs, 19, mengemas barang miliknya untuk pulang ke kampus Universiti Winston-Salem State, utara Carolina.

Pekongsian menerusi Twitter itu sehingga kini menerima lebih 58,000 tanda suka.

Beg itu dimasukkan pelbagai item merangkumi pakaian dan kasut dan dia mengambil masa sekitar 15 ke setengah jam untuk mengemasnya.

Rata-rata pelayar Twitter memuji kepakaran gadis itu dan menyifatkan dia sebagai seorang yang genius.

"Ajar saya macam mana nak pack barang, saya nak pergi dua hari pun kena bawa 20 beg," ujar seorang netizen secara berseloroh. - The Sun.

kemas beg, Elizabeth Childs, genius

Artikel Lain