suria

Wanita terkena jangkitan kuman akibat buat suntikan bibir pada harga murah

Keadaan bibir mangsa. FOTO: Fox 10.

SEORANG wanita di Pheonix, Arizona, Amerika Syarikat mengalami jangkitan kuman akibat membuat suntikan bibir.

Menurut mangsa, dia melakukan rawatan di sebuah kediaman di Maricopa, Arizona pada 3 Ogos lalu.

"Selepas membuat rawatan bibir, dalam sejam ia jadi besar.

"Ianya murah, tapi ia bukan perkara paling bijak saya pernah lakukan. Saya tengok ramai kawan dah buat dengan individu itu dalam tempoh setahun ni.

"Dia kata ada pengiktirafan, sebab tu saya lakukan rawatan dengannya," ujar Alexandra Garaventa lagi.

Mangsa turut dikejarkan ke unit rawatan kecemasan selepas membuat suntikan dan turut dimasukkan ke wad. - People.

 

 

Artikel Lain