SEEKOR anjing yang setia mati 15 minit selepas pemiliknya meninggal dunia akibat kanser otak. Stuart Hutchison, 25, menghidap penyakit itu sejak lapan tahun lalu. Walaupun dia melakukan pembedahan dan kemoterapi, kanser tersebut terus merebak ke tulang-tulangnya. Dia menghembuskan nafas terakhir di kediamannya pada 11 Ogos lalu. Anjing kesayangan pesakit itu, Nero pula mati hanya 15 minit selepas pemiliknya itu meninggal dunia. - Mirror UK