suria

Remaja 13 tahun gantung diri selepas tahu 'crush' ada kekasih

Harry tidak berniat untuk membunuh diri. Foto INS News Desk/INS News Agency Ltd

SEORANG remaja lelaki ditemui tergantung selepas mendapati gadis yang diminatinya secara senyap-senyap, mula menjalinkan hubungan dengan lelaki lain, menurut pendengaran inkues.

Harry Storey, 13, memberitahu rakan-rakannya menerusi Whatsapp bahawa dia merancang untuk membunuh diri selepas penemuan itu.

Rakan-rakan mangsa bagaimanapun menyangka ia sekadar satu gurauan.

Pendengaran inkues turut mendapati mangsa menonton program televisyen yang menunjukkan seorang pelakon wanita menggantung dirinya dan kemungkinan dia cuba meniru aksi itu.

Seorang penyiasat memberitahu inkues bahawa Harry tidak berniat untuk mati semasa menggantungkan diri.

Malah, dia mungkin tidak menyedari betapa pantas boleh kehilangan nyawa akibat tindakan tersebut.

Mangsa yang aktif bersukan meninggal dunia selepas ditemui menggantung diri menggunakan tali leher bapanya. - Mirror UK


crush, gantung

Artikel Lain