suria

Gadis sorak bunuh, tanam mayat bayi baru lahir selepas majlis prom

Richardson akan dibicarakan atas pertuduhan membunuh bayinya pada 3 September depan.

SEORANG gadis didakwa membunuh bayinya yang baru lahir dan bertindak menanam mayat tersebut di belakang rumah keluarganya.

Brooke Skylar Richardson yang kini berusia 20 tahun turut didakwa menghentak tempurung kepala dan cuba membakar mayat bayinya itu untuk menghapuskan bukti pembunuhan.

Suspek menafikan dakwaan yang dikenakan terhadapnya dengan berkata bayinya yang diberi nama Annabell dilahirkan di dalam bilik air pada Julai 2017 beberapa hari selepas majlis prom.

Richardson yang juga gadis sorak di sekolahnya akan dibicarakan pada 3 September depan atas pertuduhan melakukan pembunuhan kejam, membahayakan kanak-kanak, mengganggu bukti dan menyalahgunakan mayat.

Richardson bersama peguam dan keluarganya.

Gadis itu diletakkan dibawah tahanan rumah lebih setahun selepas seorang hakim mengarahkan perintah berkurung dari pukul 9 malam hingga 7 pagi, lawatan secara rawak ke rumahnya dan dia juga tertakluk kepada pengawasan GPS.

Polis dimaklumkan mengenai perkara itu selepas dihubungi seorang doktor yang sering dikunjungi Richardson beberapa minggu sebelum dia bersalin.

Mayat bayi tersebut ditemui tidak lama selepas itu dan pendakwa mendakwa Richardson menanam mayat berkenaan sebaik anaknya itu dilahirkan. - Metro.co.uk

gadis sorak, majlis prom

Artikel Lain