suria

Harry-Meghan dikecam guna jet peribadi, abang hanya naik pesawat tambang rendah

Putera William dan isteri, Kate Middleton. Foto Reuters

KETIKA pasangan diraja Britain, Putera Harry dan Meghan Markle dikecam kerana menaiki jet peribadi untuk pergi bercuti, abangnya, William dan Kate Middleton 
mengambil keputusan untuk menggunakan penerbangan tambang rendah untuk ke Scotland.

Pasangan Duke dan Duchess of Cambridge itu menaiki penerbangan Flybe berharga £73 seorang, bersama, anak-anak mereka, George, 6, Charlotte, 4, dan Louis berusia setahun pada Rabu.

Ia berlaku beberapa hari selepas Harry dan Meghan yang menyokong kempen alam sekitar, menaiki jet peribadi ke Nice dan Ibiza dalam tempoh 11 hari.

Terdahulu, Harry memberitahu pasangan itu merancang mempunyai dua anak bagi membantu memelihara alam sekitar.

Bagaimanapun, jet peribadi menghasilkan pelepasan karbon dioksida tujuh kali lebih tinggi untuk seorang berbanding pesawat komersial. - Mirror UK

Artikel Lain