suria

Ibu terpaksa susukan anak atas lantai kotor gara-gara penumpang tren enggan beri tempat duduk

Sophie terpaksa menyusukan anaknya di atas lantai dalam tren disebabkan tiada seorang penumpang menawarkan tempat duduk kepadanya. Foto Kennedy News and Media

SEORANG ibu muda terpaksa menyusukan anaknya di atas lantai tren yang kotor, disebabkan tiada pengguna pengangkutan itu prihatin untuk memberikannya tempat duduk.

Ketika kejadian, Sophie Molineux, 22, dalam perjalanan ke Shropshire ke Ludlow di United Kingdom bersama suami, Rob Moore dan anak lelaki mereka berusia setahun, Chester Moore pada pagi Selasa.

Mereka sukar untuk mendapatkan tempat duduk kerana tren dipenuhi penumpang ketika itu.

Bagaimanapun, tiada seorang pun di dalam gerabak dengan kapasiti 50 penumpang itu, termasuk mereka yang duduk di kerusi untuk golongan yang perlu diberikan keutamaan, menawarkan tempat duduk kepada Sophie yang mahu menyusukan anak.

Mereka bukan sahaja perlu berdiri sepanjang perjalanan selama 30 minit itu, malah Sophie juga terpaksa duduk di atas lantai bagi menyusukan anaknya. - Mirror UK

susu, ibu, tren

Artikel Lain