suria

Disatukan kali kedua selepas suami lupa perkahwinan 12 tahun

Pasangan ini berkahwin semula pada Sabtu lalu.

SEORANG warga emas berkahwin semula dengan isterinya yang sudah dikahwininya selama 12 tahun kerana terlupa mengenai perkahwinan mereka.

Malah warga emas yang mengalami masalah demensia itu yakin isterinya adalah teman wanita baharunya.

Bill Duncan, 71, mengenali Anne, 69, selama 18 tahun tetapi dia terlupa kehidupan mereka bersama kerana masalah kesihatannya.

Sejak sembilan tahun lalu, Anne menjaga Bill sepenuh masa yang turut mengalami kesukaran untuk bercakap.

Jadi Anne terkejut apabila Bill mengajaknya untuk berkahwin. 

Pasangan ini akhirnya disatukan semula dalam satu majlis sederhana di kediaman mereka di Aberdeen pada Sabtu.

"Kami menghadiri majlis perkahwinan ahli keluarga awal bulan ini dan ia amat menyentuh hati Bill.

"Dia tanya saya bila kami akan berkahwin dan saya fikir dia hanya terlupa tapi dia bertanya perkara sama keesokan harinya.

"Kebetulan ada beberapa rakan datang ke rumah kami pada hujung minggu dan saya fikir itu masa terbaik untuk perkahwinan kedua kami.

"Setiap hari dia bertanya mengenai perkahwinan kami dan akhirnya 17 Ogos, kami bersatu semula, 12 tahun selepas bergelar suami isteri," katanya. - Metro.co.uk

demensia, kahwin, warga emas

Artikel Lain