suria

Merengek kerana lapar, ibu tak tahan bising cekik bayi 8 bulan hingga mati

Mayat bayi itu ditemui dalam timbunan najis lembu.

BERANG kerana anak kecilnya merengek kelaparan, seorang ibu berusia 26 tahun bertindak mencekik anaknya hingga meninggal dunia.

Kejadian melibatkan bayi berusia lapan bulan itu berlaku di Greater Noida, Uttar Pradesh, India.

Selain ibu bayi, bapa dan bapa mentuanya turut ditahan atas tuduhan berubahat.

Lebih pilu, mayat bayi itu disorokkan dalam timbunan najis lembu.

Mereka ditahan polis pada Rabu selepas penemuan berkenaan.

Dia sebelum ini memberitahu keluarga bahawa anaknya meninggal kerana terjatuh buaian.

Ibu bayi itu mengakui dia mencekik anaknya sewaktu disoal siasat oleh polis.- India Today.

bayi, bunuh, merengek kelaparan, subahat

Artikel Lain