suria

Kanak-kanak dikurung selama 10 tahun akhirnya diselamatkan

Gambar hiasan. Kanak-kanak perempuan dikurung.

SELEPAS 10 tahun dikurung, seorang remaja perempuan akhirnya diselamatkan.

Remaja itu didakwa telah dikeluarkan daripada sekolah ketika berusia 9 tahun dengan alasan ibu bapanya ingin dia bersekolah di rumah.

Namun jiran-jiran memberitahu polis bahawa mereka amat prihatin dengan nasib remaja itu yang dikurung di rumahnya di Tenterden, Kent.

Menurut sumber kepada The Sun: “Remaja itu berada dalam keadaan menyedihkan ketika ditemui dan telah dibawa ke pusat penjagaan. Dia kini menerima rawatan secara fizikal dan bantuan psikiatri.

“Namun masih menjadi persoalan bagai mana ia berlaku. Ia sangat sukar untuk memikirkan bagaimana ia terjadi.

“Malah rekod remaja perubatan itu juga tidak ditemui.”

Manalaka jurucakap polis memberitahu: “Polis Kent dihubungi pukul 2.34 petang Khamis, pada 22 Ogos lalu, dengan laporan mengenai seorang individu berusia 19 tahun di Tenterden.

“Dua orang dari Tenterden ditahan disyaki kecuaian dan selepas itu dibebaskan dengan jaminan.

“Polis Kent dan rakan agensi terus menjalani siasatan.”-metro.co.uk

Kurung, kanak-kanak

Artikel Lain