DALAM ribuan individu yang menjadi tetamu hotel, mereka pastinya mempunyai ragam berbeza-beza. Kotoran misteri atas katil, beg dipenuhi sampah dan bermacam lagi sudah menjadi kelaziman yang dihadapi petugas hotel. Mereka turut mendedahkan tetamu serta pengalaman paling teruk yang pernah dihadapi sepanjang menjalankan tugas. Keadaan bilik hotel yang dipenuhi sampah. Selain selamba tidur di depan pintu bilik dan tidak menghiraukan waktu daftar keluar, ada juga yang bertindak jahat membuat balutan persis hantu pocong. Ia ternyata memuat petugas hotel terkejut. Selain itu, ada juga yang bertindak kasar sehingga memecahkan sinki dalam bilik hotel. Malah, ada tetamu yang meninggalkan alat permainan dewasa di dalam bilik hotel. - The Sun.